Hari Kemerdekaan Malaysia, Tanggal 31 Bulan 8, 57

Sudah sekian lama saya berfikir untuk blog dalam Bahasa Melayu, akhirnya saya telah melakukannya..

Sempena Hari Kemerdekaan pada bulan Ogos ini, saya memutuskan untuk memaparkan pemikiran saya dalam Bahasa Melayu, untuk masukan ini sahaja..

Setelah 52 tahun kita mencapai kemerdekaan, isu-isu sensitif seperti isu perkauman, hak istimewa bumiputera, dan sebagainya..

Pernah sekali kaum Cina dihina sebagai pendatang asing oleh salah seorang wakil rakyat..

Pernah juga kaum Cina dituduh menghina agama Islam dalam pelbagai cara, bunyi azan terlalu kuat mahupun suatu organisasi Islam itu satu organisasi yang melampau (ekstrim)..

Saya sebagai orang Cina, tidak pun berasa apa-apa melalui tuduhan tersebut kerana semua itu menunjukkan pemikiran yang cetek daripada penuduh-penuduh and berkenaan..

Bukan saya hendak menuduh mereka pula tetapi kalau difikirkan dari aspek yang lain, dari aspek yang dikatakan begitu mulia, 1Malaysia, isu perkauman tidak harus dibangkitkan lagi, apatah lagi tuduhan-tuduhan yang melulu?

Saya bersekolah di sekolah kebangsaan dan telah memupuk persahabatan dengan murid-murid Melayu khususnya, di dalam kelas saya..Segalanya berjalan lancar, persahabatan yang tiada motif tertentu, begitu suci sekali..

Apa? Nak bahas pula bahawa isu kemelayuan tiada kaitan dengan isu Islam pula?

Saya faham juga serba sedikit mengenai hal Islam, dari sabar tu separuh dari iman (betul?), tiap-tiap malam selepas berbuka puasa adanya sembahyang terawikh, dan sebagainya..Amat umum sekali..

Kalau nak dibincangkan pasal isu Kartika jika dia patut disebat akibat meminum arak, saya tiada pandangan langsung..Itu adalah hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah Syariah..

Saya tidak tau langsung apa-apa tentang Undang-undang Syariah..Tetapi jika difikir dari pandangan seorang orang awam, hukuman sebatan terhadap kaum wanita hanya kerana meminum arak, adalah agak serius..

Itu pun boleh tahan lagi..Agaknya 6 sebatan kalau tak silap saya, jika nak dibandingkan dengan pemberita di salah satu negara di Timur Tengah yang dikatakan perlu menanggung hingga 3,000 sebatan kerana memakai seluar dan bukan pakaian menyerupai burqa..

Nampaknya, saya telah menyerong dari topik asal saya..Kita berbalik kepada 1Malaysia..

Bagaimanapun, konsep 1Malaysia hanya dapat direalisasikan jika pihak kerajaan memahami perkataan Malaysia tersebut..

Orang Malaysia merupakan suatu istilah yang ditujukan kepada setiap warganegara Malaysia..

Mengenai isu istilah BM, harus dipanggil Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia..

Pada firasat saya, isu ini adalah sia-sia sahaja..Ia tidak harus dibahas dengan begitu keras sekali..

Kalau nak diletakkan BM itu Bahasa Melayu, saya amat bersetuju kerana Bahasa Melayu itu dirujukkan sebagai satu bahasa rasmi, yang digunakan oleh orang Melayu..

Manakala Bahasa Malaysia, dirujukkan sebagai suatu bahasa rasmi yang digunakan oleh setiap warganegara Malaysia..Nak senang didengar, Bahasa Malaysia namanya..Nak serong sikit, bahasa rojak namanya..

Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang diguna dan boleh difaham oleh setiap warganegara..Oleh itu, pada pendapat saya, Bahasa Malaysia boleh jadi penggabungan beberapa bahasa utama Malaysia, seperti berikut..

“Ah neh, kira..Teh O Ais satu, char kuey teow satu”..

Dalam ayat ini, ia telah memuatkan ketiga-tiga bahasa utama dalam Malaysia, iaitu Tamil, Cina, dan Melayu..

Itu merupakan satu contoh kasar yang dipinjam dari bahasa pasar..Bagaimana pula dengan penggunaan bahasa yang lebih formal?

Perkataan seperti ‘konsisten’..‘Konsisten’ merupakan adaptasi Bahasa Inggeris ‘consistent’ yang membawa maksud pelakasanaan sesuatu kerja yang melihatkan keputusan yang agak mantap dan selari dengan setiap keputusan-keputusan seseorang atau kumpulan..

Dari situ, perkataan ‘adaptasi’ pula adalah perkataan Inggeris ‘adaptation’ yang membawa maksud penyerapan seseorang, haiwan, alat, atau perkataan asing yang diubahsuai supaya disesuaikan dengan keadaan semasa..

Ada juga perkataan-perkataan seperti ‘komen’ (comment), ‘globalisasi’ (globalisation), ‘fermentasi’ (fermentation), ‘impak’ (impact), ‘implikasi’ (implication), ‘modenisasi’ (modernization), dan sebagainya..

Pada pendapat saya inilah yang dikatakan sebagai Bahasa Malaysia, penyerapan bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu..

Perkataan-perkataan tersebut bukannya tiada perkataan Melayunya sendiri..‘Komen’ dalam Melayu adalah ‘cadangan’, ‘impak’ adalah ‘kesan’, ‘modenisasi’ adalah ‘permodenan’, dan sebagainya..

Mungkin perkataan seperti ‘globalisasi’ tiada perkataan akar yang digunakan dalam Bahasa Melayu, tetapi penyerapan ini saya tidak berapa setuju bahawa ia adalah Bahasa Melayu yang asli..

Jadi, apa kata kamu sekarang? Adakah Bahasa Melayu sama dengan Bahasa Malaysia? Saya rasa tidak..

Bagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada warganegara Malaysia kerana dapat menyambut kemerdekaan untuk 52 tahun dan berharap Malaysia dapat menerajui era kegemilangan yang lebih baik daripada sekrang, terutama sekali isu perkauman..

19 thoughts on “Hari Kemerdekaan Malaysia, Tanggal 31 Bulan 8, 57

  1. Apa kata kita mulakan perbahasan dalam bahasa melayu? Mari kita bahaskan “satu” sesuai ber’blog” (ada term berblog dalam bahasa Malayu ke tak?) dalam bahasa melyu atau bahasa orang putih.

    Pada pendapat saya, “satu” fasih dalam kedua-dua bahasa!

    WTF, it took me 5 minutes to draf this Malay comment~ =___=”

  2. nampak gaya macam BM awak sudah karat. jangan risau, kerana saya juga sedemikian. apa nak buat, tak banyak peluang untuk berbahasa melayu dalam zaman internet ni.

  3. Hai pemilik blog “Jenkiyat”, Ini pertama kali saya melawat blog anda.

    Kepada “Kay”,

    Komen saya: –

    Awak taip “bak kata pepatah, bm puki yang merosakkan mata dan minda muda”

    Hati-hati ketika memberi kenyataan. Fikir dulu sebelum memberi komen. Kita sesama hidup di bawah satu rumpun masyarakat berbilang bangsa. Hormat menghormati menjadi sebahagian resam kita rakyat Malaysia. Bak kata pepatah juga “Cubit peha kanan peha kiri terasa juga”. Manusia dilahirkan dengan otak dan diberikan akal untuk berfikin. Gunalah sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>